be my follower


Sunday, 4 September 2011

salam syawal


Assalamualaikum dan selamat hari raya..


*kredit google.

Rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua reader gadisarjuna.blogspot. Sekarang semua orang duk kalut malut nk update blog raya masing2 kan. ehemmm..(membasahkan tekak). Aku bukanlah nak meng'update' blog raya tp lebih kepada utk mengucapkan selamat hari raya kepada semua my blog reader yg xseberapa ni. (tapi, kalo da tulis memg nama yer update pon la kan.huhuhu..)


Raya tahun ni seperti tahun yg sebelumyer di mana ahli keluarga berkumpul beramai2 di pagi raya utk bersalaman memohon kemaafan sambil bersuka ria menikmati juadah setelah sebulan kita berpuasa. Alhamdulilah yg teramat sangat sebab di beri perasaan seronok meraikan 1 syawal walaupon mendapat cuti sedikit dan selepas itu terpaksa posting dan esok kena masuk kelas balik.peace!


Tahun ni aku berkesempatan utk menunaikan solat sunat hari raya dan menziarahi jiran mahupon saudara mara. Itulah yg paling penting sekali selain daripada makan..huhuhu. Bercakap pasal makan tahun ni setiap rumah yg aku pergi ada makanan berat seperti nasi tomato, laksa , soto dan nasi dagang. Memang setiap rumah yg aku pergi aku akan makan semua makanan yg di hidangkan sampaikan aku terlupa nk makan ketupat daun palas.Almaklum lah masa time raya aku tgk ketupat tu sebelah mata jew. Dan sekarang tekak aku terigin nk makan ketupat daun palas dan hati mula rasa menyesal sebab aku tak makn time raya hari tu. Nampak yer tggu raya haji nantilah baru mak aku akan wat lagi..huhuhuhu.


Lastly, selamat hari raya!
Tiada gambar utk di kongsi di sebabkan kemalasan utk blutot gmbar kedalm laptop.
ehehehehe..


Tuesday, 16 August 2011

~wordless wednesday~

...Asslamualaikum dan salam ramadhan...



Sale datang lagi..seronok kan kalau time sale kita dapat bershoping sepuas hati.

Monday, 15 August 2011

bulan baik, hari baik bersama orang yang baik-baik.


Psssttt...

weekend saya sangat bahagia dan sungguh lengkap

shoping raya bersama fmly

shoping di bazaar bersama my arjuna

dan
berbuka puasa bersama bakal mertua..

sekian!

Thursday, 11 August 2011

melaka trip 2 & 3!

Assalamualaikum wbt.
Baru nk update pasal melaka trip 2 & 3....(^_^)
Ok hari tu ada tunjuk teaser pasal aku pergi pantai..iaitu Pantai Klebang sambil minum coconut shake yg sangat beshhh!


TRIP 2

me and cikmisie


aku yang sangat mengagumi sunset..hohoho..




the best coconut shake eva!
Actly, dah lama rindukan suasana pantai sebab nk tgk sunset sambil tgkap gambar and finally dapat jugak la walaupon bukan dengan orang tersayang..huhuhu...sedih!





TRIP 3

Sangat lupa daratan bila pergi melaka kalau tidak melawat tempat2 bersejarah bukan??? huhuhu...
so, kami menghabiskan masa seharian di sekitar kota A Famosa, kincir air Hang Tuah, muzium Kapal dan Muzium kemerdekaan. Jum2 layan gambar..








 my hang tuah.










Banyak lagi gmbar tp setakat ini sahaja...Malaka is historical town..dan sangat cntik lagi unik...
sekian!
p/s:Kali ini update sekaligus secara ringkas dan padat...memandangkan mood update yg sangat malas...chills la!

Sunday, 7 August 2011

ramadhan- day seven.


Assalamualaikum and salam ramdhan!

Sedar tak sedar hari ini da cukup seminggu kita menjalankan ibadah puasa dan syukur alhamdulilah semuayer bejalan dengan lancar. Bagi kaum hawa yang sudah di beri "rehat " jangan makan di tempat awam ek nanti xpasal -pasal je kena cekup dengan jabatan agama kan.teehee!

Harini adalah hari terakhir aku menjalani praktikal di hospital dan esok aku da start masuk kelas setelah 2 bulan berhempas pulas bekerja dengan taat di hospital kan..aicehhhh!!. Memandangkan hari ini hari terakhir aku posting so tadi aku merajinkan diri utk membeli belah di pusat beli belah mydin yg terletak 100meter dari hostel aku.hehee.. Dengan berbekal kan rm20 dalm tangan aku pon shopping mengikut kemampuan yang sesuai dengan rm20 la walaupon keinginan yang melampau-lampu tp terpaksa letak kan balik barang tersebut di tempat asal..

Di pendekkan cerita, sampai je ke kaunter pembayaran rm20 yg di pegang dengan kemas dalam tangan telah tercicir sebanyak rm10. Bagaikan kilat yg melintasi, makhluk manusia yg berbaju merah telah mengambil duit tersebut tanpa menoleh belakang. Zappppsss......dan aku yg baru tersedar dalam mimpi bagaikan terjejut dan terkedu. OMG!!

Dalam sedar tak sedar, terdengar akak cashier memberitahu total barang rm16 bla bla... sambil melakukan deep breathing exercise kerana mengalami chest pain sebentar, aku memberitahu utk membatalkan pembelian barang separuh..dan kak cashier yg melihat situasi tersebut cuba memhami situasi aku sambil menggelengkan kepala. Dari jauh aku pandang si kelibat baju merah itu. Dalam hati berkata, "dia tak nmpak ke duit tu duit aku yg jatuh??? oh damn...ni bulan pose cik kak oi....hang tak puasa ke.....blaa..blaa.."

Dalam perjalanan balik, cuba mengigat kan balik pesanan makcik yg beratur di belakang aku yg turut sama tahu situasi itu, 'tak apelah mungkin duit awak hilang rm10 tp orang yg ambik tu nanti duit dia akan hilang rm50' . Hati bagai kan terubat.......

p/s: jangan lah KAU uji aku dengan ujian yg hebat ya allah...rahmatilah aku!